Assalamualaikum wbt..
Okay, lepas beberapa tahun meninggalkan arena blogging ni, malam ni tiba-tiba rasa macam terpanggil-panggil untuk entri yang pertama.
Semua entri yang lama telah pon dibuang dan dilupuskan, sebagai tanda kehidupan baru telah pon bermula.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Cewaaahh~
Okayla, sebagai entri yang pertama, jom kite review sikit buku ni; MITOS.
Bagi sesiapa yang sentiasa mengikuti karya-karya penulis tersohor, Ramlee Awang Murshid (RAM), mesti takkan ketinggalan untuk mendapatkan buku terbaru ni.
Cerita ni sebenarnya telah pon disiarkan di dalam salah satu akhbar Malaysia secara bersiri.
Tapi, biasalah, dah nama pun drama bersiri, mesti akan ada jugak siri yang mungkin kita terlepas.
Maka, dengan itu terbitlah buku MITOS ini, di mana ia menggabungkan kesemua siri-siri cerita tersebut dan dibukukan.
Ini buku saya.
Sesiapa yang rasa nak dapatkan buku ni, bolehlah terus ke akaun Facebook Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC).
Sila bertindak segera sebelum kehabisan.
Masa order minggu lepas pun dah tak banyak yang tinggal.
Dan jangan lupa BACA dulu cara-cara untuk membuat pembelian ya.
Kalau rasa malas baca arahan, baik batalkan aje niat nak beli buku. Oppsss!
Review:
MITOS ni secara dasarnya menceritakan tentang perbalahan sejak turun temurun di antara dua puak yang berbeza, iaitu puak manusia harimau dan puak pemburu.
Bila baca buku ni, terasa macam saya berada dekat sangat dengan watak-watak yang ada.
Setiap perjumpaan, perbincangan, perbalahan, pertempuran, terasa seperti berada betul-betul di depan mata.
Pertempuran sengit yang berlaku di antara puak Pak Alang dan puak Sinoratak seolah-olah hidup di depan mata.
Terasa seperti hanya sebuah dinding besar bercermin dan transparent yang memisahkan di antara saya dan juga hutan Temerloh, tempat berlakunya pertempuran tersebut.
Saya mampu untuk mengimaginasikan keseluruhan lata tempat yang diceritakan dalam buku ini.
Begitu juga dengan kisah-kisah lain.
Contohnya seperti di tempat letak kereta di mana Inspektor Zaheran diserang oleh seekor harimau jadian, di dapur rumah banglo milik Dato' Adib di mana anaknya, Haikal telah mengugut kedua-dua adiknya, Mastura dan Mazuen dengan memakan daging mentah, dan sebagainnya.
Semuanya tampak hidup, di depan mata.
Seperti realiti.
Cuma.
Di pengakhiran cerita ini, timbul beberapa kekeliruan.
Ceritanya seperti tidak habis.
Terasa seperti ada watak yang tidak diketahui keberadaanya.
Penceritaan beberapa watak agak tergantung.
Apa jadi pada Inspektor Kamarul dan Inspektor Zaheran?
Bagaimana pula dengan Inspektor Azizi?
Siapa pula suami kepada Umairah? Adakah Haikal?
Apakah yang terjadi kepada Haji Daud dan kedua ibubapa Umairah, Asmiah dan Zamberi?
Namun.
Saya yakin RAM mempunyai agendanya yang tersendiri.
Seperti novel-novel yang sebelumnya.
Pastinya para pembaca akan dibiarkan berada di dalam keadaan misteri dan tertanya-tanya.
Saya berpendapat mungkin cerita ini memiliki sekuelnya nanti.
Maka, menantilah dengan penuh kesabaran.
Walau apapun, bagi saya yang meminati karya-karya RAM, MITOS adalah BEST!
FootNote : Setiap huruf dan perkataan di dalam entri ini adalah dari jari jemari saya. Entri ini ditulis hanya untuk suka-suka, mengisi masa yang SANGAT lapang. Ngeh~!!
No comments:
Post a Comment